Pages

Thursday, February 14, 2013

Warna-warni Cuti Raya Tahun Baru Cina :)

Alhamdulillah, SMK SYP 2 bercuti selama seminggu sempena CNY.... aku pun tak faham kenapa cuti lama sangat, sampai seminggu sedangkan hanya ada seorang guru wanita Cina je kat sekolah tu. Mesti penat mengganti sekolah nanti.... Hehehehehe.... Takpela, pengalaman.... :D

Ok, quick updates on my CNY holidays:

1) Hari Khamis, 7 Februari 2013, malam pukul 11 terus naik bas balik ke KL. hehehehe tak menyempat-nyempat nak tunggu hari Jumaat. Mintak tolong pada ayah chik untuk hantar ke stesen bas di Dataran Peladang, Kuala Krai. Alhamdulillah selamat tiba pukul 5.30 pagi, mintak pakcik bas berhentikan di Greenwood. Parents came to fetch me up.

2) Hari Jumaat hinggalah ke hari Jumaat esok (15 Feb), hari - hari aku keluar dengan mama. Kebetulan sekolah mama pun bercuti seminggu sempena CNY jadinya ni la kesempatan yang ada untuk buat persiapan kahwin mana yang tak sempat nak settle sebelum ni. Aku pun dah mula jemput kawan-kawan through FB DPLI.... mana yang nakkan kad jemputan, silalah beri alamat rumah anda ye? :)

3) Hari ni (Khamis, 14 Feb) alhamdulillah aku terima satu berita yang sangat menggembirakan. Result of semester 2 has been released at our students' portal. Berdebor sungguh masa check result tu..... check pulak through handphone yang kecik cenonet tu..... Sekali tengok result, ya Allah... betul ke ni result aku? Alhamdulillah, terus bangun, berlari berkejar panggil mama.... terus peluk mama & bagitau yang result aku dah keluar. Kebetulan abang long ada kat situ, getting ready for work & dia pun pelik tengok adik dia terjerit-jerit pepagi buta tu.... Alhamdulillah, result di luar jangkaan. Mencanak naik dari semester 1 & menyebabkan CGPA aku pun melonjak naik... Sungguh tak terjangka. Alhamdulillah.... Lega sangat tengok mama gembira. Aku call abah, bagitau... abah pun sangat happy. Habis aku call adik aku kat Petronas, untuk informed kan result ni. Tunang aku pun tak terlepas, memandangkan dia penjamin kedua aku kan.... so haruslah aku bagitau dia result aku nih....

Adik aku kat Sheffield, UK tu pun aku bagitau. tapi through WhatsApp je sebab waktu tu UK tengah waktu malam. So bila dia reply tu, aku siap claim lagi nak handbag Clarks... muahahahaha... sebab Clarks sangat murah kat UK..... hehehehe (nanti ngah riki-riki yang mana satu ye lang?) adik aku siap kata lagi, bagitau result nih sebab ikhlas nak bagitau dia ke or nak claim hadiah? hahahaha aku jawab serampang dua mata... hehehe :P

Naik atas, masuk bilik terus aku sujud syukur... sungguh... sebak sangat rasa di hati. Then, I took my shower, turun bawah & performed solat syukur... sebabnya Allah dah bagi terlalu banyak pada aku.... tapi sikit sangat aku bersyukur padaNya :'(

Tadi malam, aku belanja family aku gi mamam tomyam kat Taman Melawati. Dah lama tak buat family outing gini. Cuma kali ni, abah tak ikut. Kak lang apatah lagi, nun jauh merantau di negara orang :(

4) InsyaAllah esok, Jumaat 15 Feb aku akan bertolak balik semula ke Kelantan. Bas dijadualkan bergerak pada jam 10 pagi di Greenwood. Lepas ni tak tahu bila lagi boleh balik KL. Still got few things to settle before the wedding day. Moga Allah permudahkan segalanya. Ameen....

That's all for now... InsyaAllah ada masa & kesempatan, boleh update lagi.... Gonna miss my life in KL & definitely awesome people around me! :(

* Moga Allah sentiasa berkati my family & tunang atas doa & dorongan serta sokongan yang tak pernah putus. Sungguh, mama & abah terlalu banyak berkorban untuk aku.

* Moga Allah juga sentiasa berkati para pensyarah & rakan-rakan seperjuangan DPLI ku kerana tanpa mereka semua, aku takkan mampu mencapai result sebegini. Sungguh, result ku ini bukan hasil usaha ku seorang diri.... Mereka terlalu banyak menyumbang kepada kejayaanku ini....

* Moga Allah sentiasa kuatkan & teguhkan hati untuk mendidik anak bangsa keranaNya semata-mata, lillahi ta'ala...... itu doaku selalu....

Benarlah, Allah menahan sesuatu keinginanmu bukan kerana kamu tidak layak, tetapi Allah ingin berikan sesuatu yang jauh lebih baik untukmu, yang mungkin takkan terjangkau oleh akal fikiranmu.... Allah itu Maha Adil, Maha Esa, Maha Segala..... Sungguh Dia takkan sesekali berlaku kejam pada hamba-hambaNya sendiri....

Syukur ya Allah, syukur yang teramat aku panjangkan kepadaMu.... terlalu banyak Engkau perkenankan doa & permintaan hambaMu yang hina ini.... sedangkan terlalu sedikit rasa syukurku padaMu..... ;'(

No comments:

Post a Comment