Pages

Thursday, February 14, 2013

Warna-warni Cuti Raya Tahun Baru Cina :)

Alhamdulillah, SMK SYP 2 bercuti selama seminggu sempena CNY.... aku pun tak faham kenapa cuti lama sangat, sampai seminggu sedangkan hanya ada seorang guru wanita Cina je kat sekolah tu. Mesti penat mengganti sekolah nanti.... Hehehehehe.... Takpela, pengalaman.... :D

Ok, quick updates on my CNY holidays:

1) Hari Khamis, 7 Februari 2013, malam pukul 11 terus naik bas balik ke KL. hehehehe tak menyempat-nyempat nak tunggu hari Jumaat. Mintak tolong pada ayah chik untuk hantar ke stesen bas di Dataran Peladang, Kuala Krai. Alhamdulillah selamat tiba pukul 5.30 pagi, mintak pakcik bas berhentikan di Greenwood. Parents came to fetch me up.

2) Hari Jumaat hinggalah ke hari Jumaat esok (15 Feb), hari - hari aku keluar dengan mama. Kebetulan sekolah mama pun bercuti seminggu sempena CNY jadinya ni la kesempatan yang ada untuk buat persiapan kahwin mana yang tak sempat nak settle sebelum ni. Aku pun dah mula jemput kawan-kawan through FB DPLI.... mana yang nakkan kad jemputan, silalah beri alamat rumah anda ye? :)

Tuesday, February 5, 2013

Post tertangguh

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, setelah dua hari tergendala dalam mengemaskini blog, kini curi masa sekejap. Ok, quick update on my 2nd & 3rd of practicum at SMK SYP 2, Kuala Krai:


  • Jadual terbaru yang diterima alhamdulillah sangat memuaskan hati. Diberi tanggungjawab mengajar TMK Tingkatan 4 (4 SC 2) dan Matematik Tingkatan 1 (1 KRK 1). In total, 9 waktu mengajar.
  • Dah pun mula mengajar pada hari kedua. Guru pembimbing Matematik minta terus mengajar on the spot. Memang terbarai jugak, sebabnya takde persiapan rapi. Tapi alhamdulillah pelajar sangat bekerjasama.
  • Hari ketiga dah mula mengajar pelajar TMK Tingkatan 4. Alhamdulillah mereka juga memberi kerjasama yang baik.
  • Pening nak study Matematik sebabnya minggu nih banyak kelas Matematik (sekolah nih guna jadual anjal, ada 3 jadual yang berlainan setiap minggu. Setiap waktu adalah selama 60 minit).
Tak boleh nak berfikir dah... It's time for me to go home... Seriously I had enough for today... InsyaAllah ada masa boleh update lagi.

Sunday, February 3, 2013

Perjuangan Hari Pertama

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari pertama sebagai guru pelatih di SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai berjalan dengan baik dan lancar. Sungguh, sangat lega apabila diterima dengan mesra oleh warga sekolah tersebut. Syukur alhamdulillah juga, pengetua SYP 2 turut mengalu-alukan kedatangan ku ke sekolah beliau.

Aku memulakan perjalanan ke sekolah tersebut seawal 6.50 pagi lantaran rumah tok ayah ku terletak kira - kira 17km dan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Bandar Kuala Krai boleh tahan juga sesaknya sebab orang ramai berpusu-pusu menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya ke pejabat masing - masing.

Saturday, February 2, 2013

Bersiaran dari Pasir Puteh

Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ini, aku bersiaran dari Pasir Puteh, Kelantan. Aku ikut ayah chik aku pulang ke rumahnya. Ayah chik memang selalu balik ke rumahnya pada setiap hujung minggu. Maksudnya, habis aje sekolah pada hari Khamis, dalam pukul 4 petang, ayah chik akan bergerak pulang ke Pasir Puteh bersama acik Mar (isteri) & Ilham aka Uyam, anak mereka. Ini merupakan kali kedua kunjungan aku ke rumah mereka.

Alhamdulillah, keputusanku untuk membawa laptop dan broadband ternyata tepat. Aku gembira sangat apabila akhirnya aku dapat online dengan jayanya di sini. Alhamdulillah, line agak bagus dan dapatlah aku melayari Facebook  dan download movies yang ada. Hehehehehe....