Bismillahirrahmanirrahim...
Kali ini, aku bersiaran dari Pasir Puteh, Kelantan. Aku ikut ayah chik aku pulang ke rumahnya. Ayah chik memang selalu balik ke rumahnya pada setiap hujung minggu. Maksudnya, habis aje sekolah pada hari Khamis, dalam pukul 4 petang, ayah chik akan bergerak pulang ke Pasir Puteh bersama acik Mar (isteri) & Ilham aka Uyam, anak mereka. Ini merupakan kali kedua kunjungan aku ke rumah mereka.
Alhamdulillah, keputusanku untuk membawa laptop dan broadband ternyata tepat. Aku gembira sangat apabila akhirnya aku dapat online dengan jayanya di sini. Alhamdulillah, line agak bagus dan dapatlah aku melayari Facebook dan download movies yang ada. Hehehehehe....
Cuti hujung minggu terakhir sebelum aku memulakan latihan praktikum mengajar pada hari Ahad, 3 Feb ni aku penuhi dengan mengunjungi pasar minggu di Kuala Besut, Terengganu. Pasar ni terletak hanya kira-kira 20 minit dari rumah ayah chik aku. Dekat aje kan? This was my very first time being time and what can I say is, you will get kelabu mata at the market. Sebabnya, barang-barang di sana agak murah dan pasar tersebut sangat besar ok. Macam - macam ada; makanan, barangan dapur (kering & basah), baju, tudung dan sebagainya sehingga tak larat nak tawaf bagi habis. We just spent about 2 hours at the market and by 12pm, we headed back to Pasir Puteh. Ayah chik nak gi solat Jumaat :)
Malam tu, kak Da (Murshida) sms ajak ke rumahnya esok hari, Sabtu 2 Feb sebabnya kak Da pun buat makan-makan sikit. Aku rasa kak Da pun buat kenduri menyambut Maulud Nabi rasanya. InsyaAllah ada rezeki esok, sampailah aku ke rumah kak Da nanti :)
Lepas ni, tak tau bila lagi boleh update blog. Mungkin boleh update sebelum pulang ke rumah tok ayah selepas selesai sesi persekolahan nanti, insyaAllah. We'll see how it goes :D
Till then, have a great weekend everyone. Barakallahu fih :)
No comments:
Post a Comment