Pages

Wednesday, January 30, 2013

Menumpang "online" LAGI....

Bismillahirrahmanirrahim....

Hari ni, aku menumpang online lagi di sekolah ayah chik ku.... Cuma kali ni, aku lepak di perpustakaan comel sekolah ini... Sebab apa comel? Kerana library ini ditempatkan di bangunan kecil yang keluasaannya hanyalah 3 per 4 daripada bilik GB09 di UniSZA itu... Comel kan? heheehehehe... Yang paling tak seronoknya, wireless sekolah yang aku gunakan semalam langsung tak boleh digunakan, maka sudahnya aku pun menumpanglah online di komputer yang ada di library ini.....

kan seronok ada home library macam ni? hehehe exception yang anjing tu la.... :P

Tuesday, January 29, 2013

Masa untuk pulang

Ok, masa untuk menghentikan sesi online sebabnya sesi persekolahan ayah chik ku ini tamat pada pukul 2 petang. Lagipun aku dah mula berasa lapar... perut dah mula melagukan irama dangdut, koco-kocok dan


sebagainya.... hehehe.... aku pun dah tak sabar nak menggomol sepupu - sepupu kecilku terutamanya Amalin..... hehehe...

InsyaAllah nnt kita sambung lagi ye?

Menumpang "online"

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah, payahnya nak mendapatkan signal untuk online ni. Rumah tok ayahku terletak di Kg. Batu Mengkebang, Kuala Krai. Nak kata jauh daripada bandar Kuala Krai, tak pula jauh mana, sekadar 12km aje. Guna broadband Maxis pun payah nak dapatkan signal 3G, asyik Edge aje... memang berjanggutlah nak tunggu loading from one page to another.

Sudahnya, hari ni aku ke sekolah ayah chik aku (adik abah), tumpang online di sekolah beliau. Hehe. Rasa bersalah juga tapi ayah chik cakap takpelah sebabnya nak buat kerja sekolah. Hehe. Siaran radio pun tak dapat juga di rumah tok ayah aku sehingga aku jadi stress sebabnya aku memang sentiasa pasang radio Ikim dalam bilik. Di UniSZA pun, radio Ikim sentiasa terpasang jadinya bila masuk bilik pun, takdelah rasa takut, tenang aje. Cuma bila dah minggu - minggu terakhir di UniSZA, siaran Ikim terganggu jadinya tak dapatlah nak dengar dalam bilik. Kalau nak dengar Ikim, kena dengar dalam kereta.

Monday, January 28, 2013

Dari KL ke KK

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, aku telah selamat sampai ke bumi Kuala Krai, Kelantan Darul Naim di mana insyaAllah aku akan memulakan tugasku sebagai seorang guru pelatih di SMK Sultan Yahya Petra 2 (SMK SYP 2), Kuala Krai pada 3hb Februari 2013 nanti.

Aku pulang ke kampung halaman bapaku, di mana aku akan tinggal bersama - sama tok ayahku di sini untuk menjalani latihan praktikumku selama 16 minggu, insyaAllah. Aku selamat tiba di rumah tok ayah pada hari Khamis, 24 Januari 2013 bersama - sama abah, mama & kak chik, adik perempuanku dan mereka juga telah selamat pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari semalam, 27 Jan 2013.

Disamping itu juga, aku telah melakukan lawatan awal ke SMK SYP2 pada hari Ahad 27 Jan sebelum keluargaku bertolak pulang ke KL. Kehadiran kami disambut mesra oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Tn. Hj. Azmi yang ternyata sangat ramah orangnya.