Pages

Sunday, February 3, 2013

Perjuangan Hari Pertama

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah, hari pertama sebagai guru pelatih di SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai berjalan dengan baik dan lancar. Sungguh, sangat lega apabila diterima dengan mesra oleh warga sekolah tersebut. Syukur alhamdulillah juga, pengetua SYP 2 turut mengalu-alukan kedatangan ku ke sekolah beliau.

Aku memulakan perjalanan ke sekolah tersebut seawal 6.50 pagi lantaran rumah tok ayah ku terletak kira - kira 17km dan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Bandar Kuala Krai boleh tahan juga sesaknya sebab orang ramai berpusu-pusu menghantar anak mereka ke sekolah dan seterusnya ke pejabat masing - masing.

Aku melapor diri sebaik sahaja tiba ke sekolah tersebut. Alhamdulillah aku dapat berjumpa sendiri dengan pengetua dan diberi sedikit taklimat serta kemudiaannya dibawa ke bilik guru untuk diperkenalkan dengan guru - guru yang lain.

Selain daripada aku, terdapat 4 orang guru pelatih seperti ku (DPLI) yang datangnya daripada UTHM (2 orang) dan selebihnya daripada UUM. Yang untungnya, mereka semua berasal dari Kelantan. Aku juga la yang seorang diri dari KL. Hehehe... Harap ke tok ayah aku orang Kelantan, jadinya boleh la menumpang di rumah dia sepanjang praktikal ni.

Alhamdulillah, aku telah diberi jadual waktu mengajar iaitu ICT Tingkatan 4. Pada mulanya, aku turut diberikan subjek Bahasa Inggeris Tingkatan 1 tetapi setelah ku terangkan kepada PK1, Tn. Hj. Azmi bahawa aku perlu memberi keutamaan kepada bidang major dan minor ku serta mengambil kira proses observation yang akan dijalankan oleh pensyarah, barulah aku diberikan subjek Matematik Tingkatan 1 untuk diajar kelak. InsyaAllah, requirement untuk mengajar sebanyak 8-12 waktu seminggu dapat aku penuhi. Moga Allah permudahkan.

Budaya sekolah ini juga berbeza. Aku difahamkan,  P & P dimulakan, bacaan Yassin, zikir munajat & sebagainya akan dilakukan pada setiap hari. Alhamdulillah, mungkin kerana itulah juga, para pelajar ini dapat belajar dalam suasana yang tenang & harmoni selain mudah menyerap ilmu yang disampaikan oleh para guru. 

InsyaAllah, ikut perancangannya aku akan mula mengambil alih kelas ICT daripada guru pembimbing ku pada hari Selasa 5 Feb 2013 nanti. Esok insyaAllah aku akan berjumpa semula dengan beliau untuk mendapatkan bahan - bahan yang perlu serta input - input yang berguna sebelum beliau "bercuti" sepanjang tempoh praktikum ku ini. Ringanlah sikit. Hehehe

Uncle Hasnan telefon waktu aku sedang bersiap untuk drive pulang ke rumah. Hehe. Terharu ada jugak la pensyarah yang prihatin dengan pelajarnya. InsyaAllah saya akan buat yang terbaik, uncle. Bukan untuk sesiapa, not to please you but it is more to myself. I have been waiting for this time to come and definitely I will do my very best. InsyaAllah. Semoga Allah permudahkan :)


Nota kaki: Tak sabar nak balik KL cuti CNY ni dan bawa balik barang - barang yang tak lengkap, terutamanya kamera. Banyak gambar diambil dengan 'handphone', payah nak transfer ke laptop.... Hehehehe

No comments:

Post a Comment