Pages

Tuesday, January 29, 2013

Menumpang "online"

Bismillahirrahmanirrahim....

Ya Allah, payahnya nak mendapatkan signal untuk online ni. Rumah tok ayahku terletak di Kg. Batu Mengkebang, Kuala Krai. Nak kata jauh daripada bandar Kuala Krai, tak pula jauh mana, sekadar 12km aje. Guna broadband Maxis pun payah nak dapatkan signal 3G, asyik Edge aje... memang berjanggutlah nak tunggu loading from one page to another.

Sudahnya, hari ni aku ke sekolah ayah chik aku (adik abah), tumpang online di sekolah beliau. Hehe. Rasa bersalah juga tapi ayah chik cakap takpelah sebabnya nak buat kerja sekolah. Hehe. Siaran radio pun tak dapat juga di rumah tok ayah aku sehingga aku jadi stress sebabnya aku memang sentiasa pasang radio Ikim dalam bilik. Di UniSZA pun, radio Ikim sentiasa terpasang jadinya bila masuk bilik pun, takdelah rasa takut, tenang aje. Cuma bila dah minggu - minggu terakhir di UniSZA, siaran Ikim terganggu jadinya tak dapatlah nak dengar dalam bilik. Kalau nak dengar Ikim, kena dengar dalam kereta.

Dalam pada kebosanan mengira hari untuk memulakan praktikal, aku agak berdebar juga sebenarnya. Apatah lagi bila mengenangkan pelajar - pelajar sekolah yang bakal ku hadapi merupakan para pelajar di salah sebuah sekolah elit di Kelantan. Cikgu Yunus beritahu aku bertuah sebab memilih sekolah tersebut kerana ianya akan menjadi pengalaman yang berharga untuk diriku kelak. Aku harapkan begitu jua. InsyaAllah ameen. Telah begitu banyak ni'mah dan rahmah yang Allah berikan padaku, insyaAllah aku takkan sia-siakan. Aku doa semoga Allah permudahkan urusan praktikalku di sekolah tersebut. Begitu juga dengan rakan - rakan seperjuanganku yang lain. Semoga Allah turut mempermudahkan segala urusan kalian. Ameen :)

Di sebalik kegusaran ini, aku pun sebenarnya tak sabar menghitung hari pulang ke Kuala Lumpur.... yeeehaaaaa!!! Sebabnya cuti Raya Cina nanti, insyaAllah sekolah - sekolah di Kelantan akan bercuti selama seminggu, sama seperti sekolah - sekolah di KL. Aku dah siap telefon SYP 2 untuk mengesahkan hal ini and once confirmed, aku terus ajak tok ayah aku gi beli tiket bas, pergi dan balik. Advanced kan aku? Hehehehehehe.... Semangat ni nak balik KL! Semoga Allah permudahkan. Ameen....



Erm ok, I better stop here... Nanti cari idea lagi nak update apa pula, insyaAllah....

Have a good day, everyone :)

No comments:

Post a Comment