Pages

Monday, January 28, 2013

Dari KL ke KK

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamu'alaikum,

Alhamdulillah, aku telah selamat sampai ke bumi Kuala Krai, Kelantan Darul Naim di mana insyaAllah aku akan memulakan tugasku sebagai seorang guru pelatih di SMK Sultan Yahya Petra 2 (SMK SYP 2), Kuala Krai pada 3hb Februari 2013 nanti.

Aku pulang ke kampung halaman bapaku, di mana aku akan tinggal bersama - sama tok ayahku di sini untuk menjalani latihan praktikumku selama 16 minggu, insyaAllah. Aku selamat tiba di rumah tok ayah pada hari Khamis, 24 Januari 2013 bersama - sama abah, mama & kak chik, adik perempuanku dan mereka juga telah selamat pulang semula ke Kuala Lumpur pada hari semalam, 27 Jan 2013.

Disamping itu juga, aku telah melakukan lawatan awal ke SMK SYP2 pada hari Ahad 27 Jan sebelum keluargaku bertolak pulang ke KL. Kehadiran kami disambut mesra oleh GPK Tadbir & Kurikulum, Tn. Hj. Azmi yang ternyata sangat ramah orangnya.






Aku diberikan sedikit taklimat tentang latar belakang sekolah dan alhamdulillah, aku berkesempatan untuk berjumpa dengan guru subjek ICT, en. Alwi yang insyaAllah akan menjadi guru pembimbingku kelak.

Namun, apa yang agak menggusarkan diriku ialah apabila aku dimaklumkan bahawa SMK SYP 2 ini merupakan sekolah rancangan khas (SRK), sekolah yang agak elit di Kelantan. Prestasi PMRnya pada tahun lepas, 2012 adalah yang terbaik di Kelantan dengan sejumlah 64 orang pelajar mendapat 9A/8A. Aku agak bimbang apabila mengenangkan aku akan mendidik pelajar - pelajar yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademiknya, malahan juga daripada segi sahsiahnya. 

Mengapa aku berkata sedemikian? Ini kerana apabila aku & keluarganya melangkah masuk ke kawasan sekolah tersebut, keadaan sekolah adalah tenang, dan tenteram. Pelajar - pelajarnya juga memberi salam kepada pelawat yang datang. Alhamdulillah, aku kagum dengan sikap yang ditunjukkan oleh mereka. Tambahan pula, aku dimaklumkan bahawa sekolah ini tidak mengalami masalah disiplin yang berat lantaran para pelajar yang ditempatkan di sekolah ini perlu menjalani tapisan / saringan daripada pihak PPD.

Apapun, aku bertawakkal kepada Allah SWT semoga Dia mempermudahkan urusan praktikumku kerana inilah cita - citaku sedari kecil. Betapa Dia telah memakbulkan impianku untuk menjadi seorang pendidik dan bila peluang ini datang, aku tidak mahu mensia-siakannya. Moga Allah sentiasa meluruskan  niatku untuk mendidik anak - anak ini yang menjadi amanahku dengan sebaik mungkin, semuanya kerana Allah semata - mata. Biarpun aku agak terlewat bergelar pendidik berbanding rakan - rakanku yang lain, namun aku tidak berasa kesal kerana aku yakin, Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hidupku. 

Jazakumullahu khairan kathira kepada mama, abah, adik - beradikku, tunangku yang tidak pernah jemu mendoakan yang terbaik untukku, memberi kata - kata peransang dan galakkan yang tidak berbelah bahagi. Para pensyarah, guru - guru, rakan taulan yang tidak pernah lokek memberikan ilmu, bimbingan, nasihat dan panduan untuk aku terus semangat meneruskan hidup. Sungguh, jasa kalian hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalasnya. Aku doakan yang terbaik untuk kalian, dunia akhirat. 

InsyaAllah, aku akan cuba "update" blog ni dari masa ke semasa :)

No comments:

Post a Comment